Sunday 5 February 2012

TUKAR (Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat)




Alhamdulillah, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 4 Feb. 2012,di Auditorium Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan, dengan kehadiran diluar jangkaan yang mencecah 1000 orang, rata ratanya datang dari pengamal media sosial Kelantan menunjukkan minat yang jelas pada UMNO/BN.

Jika sebelum ini adalah sukar untuk mengumpulkan kehadiran seramai ini pada satu satu majlis sebegini,kini dengan hanya seminggu hebahan umum di internet kehadiran adalah amat luar biasa. Ini adalah isyarat sokongan rakyat Kelantan memihak pada UMNO/BN, maka amatlah perlu bagi Kepimpinan UMNO/BN seluruh negeri Kelantan melipatgandakan usaha untuk terus menawan hati rakyat Kelantan.
Serentak dengan itu satu pelancaran Gerakan dari rakyat Kelantan untuk rakyat Kelantan dilancarkan iaitu GERAKAN TUKAR(Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat). TUKAR adalah satu menifestasi dan luahan rakyat Kelantan yang sudah jemu dengan Pentadbiran PAS Kelantan yang penuh retorik selama 21 tahun memerintah Kelantan. Membawa maksud untuk mengajak rakyat kelatan memberi peluang kepada UMNO/Barisan Nasional untuk memerintah Kelantan untuk tempoh sepenggal pemerintahan dan jika UMNO/Barisan Nasional tidak dapat menunjukkan prestasi yang membela nasib rakyat Kelantan maka terpulanglah kepada rakyat untuk membuat keputusan seterusnya. Dengan Menyokong gerakan ini kami percaya rakyat Kelantan tidak akan rugi apa apa malah akan menyelesaikan pelbagai masalah yang mrmbelenggu rakyat Kelantan selama 21 pemerintahan PAS di Kelantan.Slogan dan logo ini di ilhamkan oleh rakyat2 biasa yang tidak terlibat secara langsung dengan parti dan bagi membolehkan kami sebagai rakyat biasa mendekati denagn lebih rapat lagi rakyat yang pernah mengundi PAS tapi sudah jemu dengan janji janji yang tidak kesampaian, tapi mereka2 ini masih tidak sayang pada UMNO.Kita hanya mahu rakyat yang masih ragu ragu pada BN untuk mencuba sepenggal dan jika belago angin teruskanlah untuk selama lamanya pun.Ini juga sebagai ingatan dan cabaran pada kepimpinan umno negeri untuk menjaga mandat yang diberikan rakyat kelantan nanti supaya tidak lupa diri seperti pemimpin PAS sekarang..AYUH KITA BANGKIT JANGAN KITA KATA TOKSIR............TUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN DEMI RAKYAT ......Ayuh TUKAR!!!



-ZZ-

No comments:

Post a Comment