Tuesday 14 February 2012

TUKAR tetap TUKAR : TUKAR Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat

KOLEKSI LUAHAN HATI NURANI RAKYAT KELANTAN.


 KITA TUKAR KEHIDUPAN KITA..DARI MISKIN KEPADA BEBAS MISKIN.. DARI BERPENDAPATAN RENDAH KEPADA BERPENDAPATAN TINGGI...


SESUNGGUHNYA PILIHAN DIHATI KITA
PILIHAN KITA UNTUK TUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN INI ADALAH DEMI RAKYAT
INFRASTRUKTUR PUN AKAN BERTUKAR DARI YANG KURANG BAIK KEPADA YANG LEBIH BAIK..

PAS KELANTAN JANJI NAK SELESAIKAN MASALAH AIR PADA TAHUN 2027
BN KELANTAN JANJI NAK SETLEKAN 3 TAHUN SELEPAS PRU13... AYUH KITA PILIH YANG LEBIH BAIK.

Saturday 11 February 2012

"ACU TEST SEPENGGAL" TUKAR Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat

ANTARA DATUK NAJIB DAN NIK AZIZ DALAM BAB HADIRI UPACARA AGAMA LAIN..

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan teguran Mufti Perak ke atas tindakan YAB Perdana Menteri menghadiri upacaya Thaipussam baru-baru ini... PASNI UMNO melihat sebenarnya hikmah disebalik teguran ini ada TEGURAN SECARA HALUS KEPADA MENTERI BESAR KELANTAN.. GAMBAR MENUNJUKKAN SECARA JELAS KEPADA KITA TENTANG TEGURAN SENYAP INI..HARAP PUAK PAS FIKIRKAN.. KALAU PAS KATA DATUK NAJIB KURANG PENGETAHUAN AGAMA..KITA BOLEH TERIMA DAN MAAFKAN DATUK NAJIB..TIADA HUKUMAN SEBAB BELIAU KURANG PENGETAHUAN AGAMA..TETAPI APA PULA KATA KITA KEPADA NIK AZIZ YANG PUNYAI PENGETAHUAN AGAMA... FIKIRKAN...

TUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN DEMI RAKYAT. TUKAR..TUKAR..TUKAR,...

Monday 6 February 2012

Gerakan TUKAR Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN

Rakyat Kelantan mula sedar akhir-akhir ini dengan semangat Gelombang Merah yang kian terasa auranya. Rakyat mula sedar walaupun berada dinegeri Pembangkang namun, kerajaan Barisan Nasional (BN) langsung tidak pinggirkan dalam aspek pembangunan demi kepentingan rakyat.
20120207-092308.jpg
Semenjak 2005 lagi Kerajaan BN menyediakan projek baikpulih masjid dan surau demi kesejahteraan rakyat. Selain itu, sebanyak 14 buah masjid baru dibina dengan belanja lebih RM40 juta.
Antara projek untuk kesejahteraan Rakyat Kelantan adalah :
- Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Ke 2 sepanjang 800 meter serta laluan bertingkat bagi mengatasi kesesakan lalu lintas sepertimana yang dialami sekarang dengan harga RM150 juta.
- Kerajaan Pusat juga telah menaikkan taraf jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta.
- Pembangunan dikawasan Bandar Baru Tunjung seperti Terminal Agribusiness Negara (TEMAN) RM85.7 juta.
- Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat RM20 juta.
- Wisma Audit RM18 juta.
- Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah Dan Galian RM8.76 Juta.
- Kompleks Mahkamah Syariah RM22.1 juta.
- Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan RM33.1 juta.
- Melebarkan dan memanjangkan Landasan Lapangan Terbang RM40 juta.
- HUSM memperbesarkan ruang dan menambahbaik kemudahan RM127 juta.
- HRPZ II menambahbaik kemudahan RM182.7 juta.
- Pembinaan Dewan Bedah baru Hospital Kuala Krai RM 9 juta.
Kesedaran rakyat mengenai segala pembangunan yang telah Kerajaan BN berikan telah diterjemahkan melalui ribuan kehadiran dalam program-program yang telah diatur.
20120207-095641.jpg
Majlis Maulidur Rasul bandar Pasir Puteh
20120207-095832.jpg
Kebangkitan Gelombang Merah
20120207-095943.jpg
Sambutan diluar dugaan
20120207-100113.jpg
Memenuhi semua ruang
20120207-100257.jpg
Sambutan daripada veteran-veteren
20120207-100452.jpg
Ucapan oleh Ketua Bahagian Pasir Puteh
20120207-100601.jpg
Sambutan Maulidur Rasul di Jeli
20120207-100721.jpg
Program bersama rakyat
20120207-100800.jpg
Program Rakyat
20120207-100854.jpg
Bersama TPM
20120207-100943.jpg
Gelombang Merah Pas Rebah
20120207-101052.jpg
Mahasiswa perlu bersyukur
20120207-101128.jpg
Dewan perhubungan UMNO negeri kembali penuh
20120207-101233.jpg
Kami dah anda bila mahu berubah?
20120207-101321.jpg
Rakyat sudah bijak menilai
20120207-101402.jpg
JOM TUKAR, acu test sepenggal!
20120207-102555.jpg
Generasi muda yakin dan bersemangat

Sunday 5 February 2012

TUKAR (Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat)




Alhamdulillah, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 4 Feb. 2012,di Auditorium Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan, dengan kehadiran diluar jangkaan yang mencecah 1000 orang, rata ratanya datang dari pengamal media sosial Kelantan menunjukkan minat yang jelas pada UMNO/BN.

Jika sebelum ini adalah sukar untuk mengumpulkan kehadiran seramai ini pada satu satu majlis sebegini,kini dengan hanya seminggu hebahan umum di internet kehadiran adalah amat luar biasa. Ini adalah isyarat sokongan rakyat Kelantan memihak pada UMNO/BN, maka amatlah perlu bagi Kepimpinan UMNO/BN seluruh negeri Kelantan melipatgandakan usaha untuk terus menawan hati rakyat Kelantan.
Serentak dengan itu satu pelancaran Gerakan dari rakyat Kelantan untuk rakyat Kelantan dilancarkan iaitu GERAKAN TUKAR(Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat). TUKAR adalah satu menifestasi dan luahan rakyat Kelantan yang sudah jemu dengan Pentadbiran PAS Kelantan yang penuh retorik selama 21 tahun memerintah Kelantan. Membawa maksud untuk mengajak rakyat kelatan memberi peluang kepada UMNO/Barisan Nasional untuk memerintah Kelantan untuk tempoh sepenggal pemerintahan dan jika UMNO/Barisan Nasional tidak dapat menunjukkan prestasi yang membela nasib rakyat Kelantan maka terpulanglah kepada rakyat untuk membuat keputusan seterusnya. Dengan Menyokong gerakan ini kami percaya rakyat Kelantan tidak akan rugi apa apa malah akan menyelesaikan pelbagai masalah yang mrmbelenggu rakyat Kelantan selama 21 pemerintahan PAS di Kelantan.Slogan dan logo ini di ilhamkan oleh rakyat2 biasa yang tidak terlibat secara langsung dengan parti dan bagi membolehkan kami sebagai rakyat biasa mendekati denagn lebih rapat lagi rakyat yang pernah mengundi PAS tapi sudah jemu dengan janji janji yang tidak kesampaian, tapi mereka2 ini masih tidak sayang pada UMNO.Kita hanya mahu rakyat yang masih ragu ragu pada BN untuk mencuba sepenggal dan jika belago angin teruskanlah untuk selama lamanya pun.Ini juga sebagai ingatan dan cabaran pada kepimpinan umno negeri untuk menjaga mandat yang diberikan rakyat kelantan nanti supaya tidak lupa diri seperti pemimpin PAS sekarang..AYUH KITA BANGKIT JANGAN KITA KATA TOKSIR............TUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN DEMI RAKYAT ......Ayuh TUKAR!!!



-ZZ-

Monday 16 January 2012

Biar Bik Aziz bertanding supaya dia rasa keperitan kekalahan

SEINGATsayalah,  Dato' Nik Aziz Nik Mat kata kalau Dr Mahathir bersara hari ini, maka hari ini jugalah dia akan bersara sebagai Menteri Besar Kelantan.
Dr Mahathir dah bersara ke bulum? Boleh ke bercakap bohong? Atau kalau jadi orang Pas berbohong tak apa. tak jadi munafik.

Kes-kes macam ini buat saya keliru, malah saya yakin ramai orang lain pun keliru kenapa seorang yang kononnya alim boleh tidak tepati janj.
Tambah mengelirukan apabila dalam PRU-13 nanti Nik Aziz kata dia tetap akan bertanding, ertinya dia masih mahu MB manakala anaknya, Nik Abduh pula kata tak apa main politik/calon anak beranak.
Sebelum ini Pas paling menentang kronisme dan nepotisme. Khairy Jamaluddin sebagai menatu Datuk Seri Abdullah  Ahmad Badawi diserang teruk kerana kononnya Pak Lah mengamalkan kronisme dan nepotisme.
Bagi saya, molek juga Nik Aziz terus bertanding supaya dia akan rasa perit menanggung kekalahan dalam PRU-13 nanti.
Tidak mustahil dia akan kalah kerana dia pernah kalah kepada Mohd Zain Abdullah di Parlimen Bachok. Mohd. Zain dilabel sebagai calon lekeh.
 
info: melikapakjangak

Friday 13 January 2012

GELOMBANG MERAH KELANTAN: BN MEMERINTAH - YB NORZULA ( 3/4 ).mpg

PANTAI SABAK - PENGKALAN CHEPA
( 27 MAY 2011 )
1) Kerajaan pusat wujudkan J-QAF utk belajar al-quran
2) Sumbangan kerajaan Pusat membawa balik pelajar dari Mesir
3) Siapa sebenarnya pejuang ISLAM sebenar
4) Ceramah MAT SABU yg mengata orang
5) Mat Sabu dulu kata ANWAR tp sekarang menjilat ANWAR
6) Sokongan kepada ANWAR yang tidak tahu punca
7) Perlu dengar orang lain bagitau utk pertimbangan yang adil
8) UMNO bela melayu sejak dulu
9) Persetujuan bersama TUN SAMBATHAN & TUN CHEN LOK
10) ini tanah melayu...tetapi PAS nak bagi sama rata
11) Perjuangan parti untuk hal dunia




Mahasiswa Kelate Sokong Tok Pa


Mahasiswa Kelantan Sokong Dato PA...... Sokongan penuh yang diberikan sangat mengharukan.

AUKU telah dipinda oleh Dato PA apabila diminta oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Khalid Nordin. Seorang pensyarah undang-undang UiTM telah membantu Dato PA dalam melaksanakan pindaan AUKU. Dato PA juga berseru agar mahasiswa yang mempunyai pendapat yang berbeza dengan kerajaan boleh mengutarakan pendapat mereka menggunakan saluran yang betul, beradap dan berhemah selaku gelaran sebagai mahasiswa. Beliau sangat terbuka kepada pandangan mahasiswa dan menerima jika ianya membawa kebaikan kepada seluruh warga Universiti. Malaysia bukannya seperti beberapa negara Arab yang bersikap kuku besar. Sebarang pendapat dan pandangan beliau sanggup mndengar dan pertimbangan, beliau juga sangat-sangat masak dengan pelajar kerana pernah menjadi Menteri KPT.

Sebenarnya siswa yang degil dan tidak sopan seperti Adam Adli tidak ramai tetapi kerana nila setitik habis susu sebelangga tidak boleh diminum......

Mahasiswa adalah agen kepada rakyat marhaen.Di sini lah mahasiswa memainkan peranan yang cukup besar. Mahasiswa adalah golongan yang bebas dari mana-mana faham politik kepartian. Mereka berjuang atas nama mahasiswa. Mereka jatuh, mereka bangun, mereka tumbang, mereka bangkit, mereka dipasung, mereka direjam, semua atas nama mahasiswa. Ini yang sepatutnya berlaku. Dengan adanya minda bebas dari cengkaman parti politik, maka mahasiswa akan secara automatik merasa terpanggil untuk membela nasib rakyat marhaen, tak kira menguntungkan mereka atau tidak.

Kerajaan Malaysia memberi peluang yang cukup luas untuk berbincang apa saja termasuk Auku. Kerajaan Kita tidak bersikap kuku besi, tidak zalim seperti beberapa negara Arab sepertimana yang diketahui ramai.

Sekarang Kementerian Pengajian Tinggi menamanahkan kepada DATO PA meminda Auku berdasarkan pengalaman beliau dalam pengendalian KPT terdahulu. Sekarang Menteri KPT telah bersedia dan akan membentang pemindaan AUKU dalam sidang parliman akan datang.

PRU13: KITA PAKAT TUKAR PALO PAIP HOK BELAWOK.

Salah urus tadbir AKSB (Syarikat air kelantan).
1. menyebabkan bekalan air gagal disalurkan kepada pengguna dengan baik.
2. salah urus tadbir Air Tidak Terhasil (NRW) yang telah menelan belanja RM130juta. dengan peruntukan 130juta ni sepatutnya TIDAK BERLAKU AIR TAKDOK, AIR KURANG DAN BUKO PAIP TUBIK ANGIN SAJA... TAPI INI LAH HAKIKATNYA.
3. Orang dalam pejabat AKSB gege dan bising lama dah..tapi pengurusan senyp sedu...

peruntukan 130 juta terbesar di malaysia sudah habis dibelanjakan..sepatutnya boleh kurangkan dari 48 percent kepada 35 percent..TETAPI KENAPA BILA DUIT RAKYAT DAH HABIS 130 JUTA, NRW MENINGKAT KEPADA 56 PERCENT...

BILA DIKAITKAN TENTANG KUALITI AIR ..ADA EXCO BUAT NGANYI.. DAN BILA DAH KAITAN TENTANG KUANTITI INI..APA JAWAPAN EXCO.

AKSB ADALAH ASET KELANTAN... KENAPA PERLU DITELANJANG DAN DIGADAIKAN SEMUA INI.. SIAPA YANG MENJADI TULANG BELAKANG... INI SOAL KEPENTINGAN RAKYAT..BUKAN KEPENTINGAN MANA2 PARTI..

MENGGUNAKAN AIR KELANTAN UNTUK KAUT KEUNTUNGAN ATAS KESENGSARAAN RAKYAT. ADALAH PERBUATAN YANG TIDAK BOLEH DI MAAFKAN. MEREKA INI LAYAK DIGELAR SERATI.



SAYA DAN KAWAN2 SELURUH KELANTAN TERKESAN BILA BENDA INI BERLAKU KEPADA KITA..BUKA PAIP, AIR TAKDA, BUKA PAIP AIR SLOW, TEKANA RENDAH... RUPANYA DISEBALIK MASALAH KITA HADAPI..ADA WAYANG BERLAKU DI DALAM AKSB...ADA "SYAITAN" YANG MENGGUNAKAN AIR KELANTAN UNTUK KAUT KEUNTUNGAN ATAS KESENGSARAAN RAKYAT. ADALAH PERBUATAN YANG TIDAK BOLEH DI MAAFKAN.

     

Thursday 12 January 2012

PAS JADIKAN ZOO KUALA KRAI TEMPAT JIN BERTENDANG.

Suatu ketika dahulu, Pada zaman dan era BN perintah Kelantan, Zoo Kuala Krai merupakan  salah satu tempat yang amat tersohor di kalangan pengunjung sekitar Kuala Krai mahupun Kelantan keseluruhannya.  Ambo sendiri semasa umur 9 tahun pernah datang ke sini dengan menaiki keretapi. 
 
Untuk pengetahuan saing sobak, Zoo Kuala Krai sebenarnya asal duduk di tengah-tengah pusat bandar , namun atas sebab-sebab teknikal zoo Kuala krai di pindahkan ke lokasi di atas bukit berhampiran Taman Tasek Krai . Suatu lokasi yang amat baik tetapi permasalahan tempat letak kereta dan kesesakan jalanraya menjadikan tempat ini semakin hari semakin suram pengunjung dan kutipan hasilnya.

Berdasarkan trend  semasa yang semakin merosot dan seringkali menanggung perbelanjaan defisit maka Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah membuat keputusan untuk menutup Zoo Kuala Krai ini. Apakah tindakan ini layak untuk di katakan cerdik atau wajar? tanpa apa-apa pelan kontigensi atau alternatif lain dengan meyediakan lokasi yang baru yang lebih berdaya maju untuk faedah ekonomi pelancongan daerah-daerah  Ulu Kelate ini. Apakah kerajaan negeri ni tidak sensitif tentang jiwa orang-orang Ulu Kelate ini yang sentimental dangan keharmonian alam semulajadi flora dan fauna ?.
                                 pintu gerbang nak masuk kawasan Jin Bertendang.....

Masyaallah. Inilah keadaan terkini luaran pintu gerbang Zoo Kuala Krai. Ianya telah menjadi satu keadaan agak menyeramkan. Tapi ingat!!!!!  ini adalah di tahap luaran sahaja. Ambo sempat juga memasuki kawasan dalaman tapak zoo ini namun sesuatu yang agak pelik telah berlaku di mana  terdapat seorang pekerja telah selesai melakukan kerja-kerja kontraktor pada hari tersebut. Bila di tanya untuk apa kerja pembinaan dilakukan ? maka dia hanya menjawab dia tak tahu apa-apa dan dia hanyalah kontraktor yang di upah untuk buat kerja sahaja. Dan ambo juga bertanya apakah kegiatan ini mendapat kelulusan Majlis Daerah Kuala Krai maka dia berkata tidak tahu apa-apa tentang itu.
 
Ambo tidak tahu jugak tentang apa-apa keadaan di sini tapi ambo merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keadaan di sini kerana tidak adanya papan tanda notis peberitahuan pleh Majlis daerah dan sebagainya di muka pintu gerbang Zoo ini. Pelikkan.... Oleh yang demikian ambo berharap pihak Majlis Daerah Kuala Krai dapat meenyiasat perkara ini dan mengambil tindakan atas kesalahan perbuatan mereka. Jika tiada tindakan susulan maka rakyat sekeliling akan memandang bahawa dalam Majlis daerah sendiri pun berlaku rasuah penyelewengan dan sebagainya. Maka MDKK di sini tidak lagi di hormati dan di segani malah lebih buruk rakyat hilang kepercayaan pada MDKK lagi. - kredit pada ulukelate.blogspot.com

Wednesday 11 January 2012

Momentum 2004 Kembali..... PASni UMNO!!!

 
Menyusuri kembali Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004, BN Kelantan dibawah pengurusan Dato’ Sri Mustapa Mohamed,pada ketika itu menerajui Barisan Nasional Negeri Kelantan telah menang dengan majoriti melebihi 2 per 3 untuk kerusi parlimen dan untuk sekian kalinya sokongan BN/UMNO di Kelantan dilihat mengejutkan kepimpinan PAS Kelantan ketika itu berjaya meraih sokongan dan seterusnya menyapu 8 kerusi parlimen dan 21 kerusi DUN, hanya dipisahkan 2 kerusi sahaja untuk BN kuasai kerajaan Negeri Kelantan.

Selepas Tsunami Politik PRU 12,2008 yang mengakibatkan Barisan Nasional telah hilang 4 negeri dan tewas teruk di Kelantan . Kini tampuk kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan kembali diterajui oleh tokoh yang sama yang telah mengoncang kedudukan PAS pada ketika itu iaitu Dato Sri’ Mustapha Mohamad yang dilihat seakan mampu mengembalikan momentum tahun 2004 semula dengan lebih besar bersama sama gerakan Gelombang Merah . 
Momentum tersebut seakan dapat dirasai ketika ini dengan keadaan Pas Kelantan dilihat masih tercari cari isu isu tempatan yang boleh digunakan untuk menentang UMNO di Kelantan. Ini kerana PAS Kelantan lebih mengembar gemburkan isu nasional demi menutup kegagalan mereka mentadbir negeri dan senantiasa menjadikan isu Royalti Minyak sebagai ‘Scapegoat’ untuk mewajarkan kegagalan membangunkan Negeri.  Segala jentera parti  PAS dan kerajaan negeri digerakkan untuk memanipulasi  isu isu nasional. PAS ketika ini sering beralasan terhadap apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka sebagai Kerajaan Negeri dalam membangunkan ekonomi  negeri , menyediakan keperluan asas air kepada rakyat dan membangunkan sahsiah anak negeri sendiri.

Keadaan ini hampir jelas kelihatan dengan disahkan sendiri oleh beberapa aktivis muda PAS yang beberapa kali merungut tentang kelayuan kepimpinan PAS Negeri Kelantan dibeberapa Laman Facebook milik mereka.

Kesempatan terhadap semangat memperjuangkan Islam yang sedia wujud dalam jiwa rakyat Kelantan digunakan secukupnya untuk mengalih pandangan rakyat dari kegagalan mentadbir. Isu Ladang Rakyat, Penngurusan Air, Pengurusan Syarikat Perbadanan Negeri (yg semakin kekurangan aset), Bazaar Tok Guru, Koridor Depu, Jambatan Palekbang,  Perbadanan Stadium, dan Pembangunan Sahsiah rakyat semuanya menemui kegagalan. Alasan yang diberi cukup cukup mudah dan klise iaitu “PUSAT TIDAK BANTU/PUSAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB/KONSEP FEDERALISME”. Dan yang menariknya bila dirujuk kepada pihak pusat mendapati sejak tahun 2006 hingga 2010 mendapati banyak angka angka yang tidak diwar warkan kepada rakyat Kelantan mengenai wang yang telah dimasukkan terus kedalam kantung Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebanyak RM1.4 billion telah disalurkan terus kepada kerajaan negeri dibawah peruntukan wajib kerajaan pusat, ini tidak termasuk dengan peruntukan yang disalurkan kepada JPP untuk pembangunan yang selaras dengan kehendak dan dasar kerajaan Pusat. Satu persoalan timbul kenapa peruntukan2 ini tidak didedahkan oleh kerajaan Negeri dan kemana kah hasil dari cukai-cukai Balak, Cukai Bandar dan pelbagai hasil kerajaan negeri disalurkan ? Hinggakan terlalu sukar untuk melaksanakan pembangunan negeri walau sudah 21 tahun memerintah. Rakyat telah ramai bersuara tentang ini.

Dengan wujudnya disko/pusat karoeke haram yang bebas beroperasi dikawasan yang diberi gelaran Bandaraya Islam oleh Kerajaan Negeri tanpa sebarang tindakan walau telah beberapa kali didedahkan , maka dapatlah disimpulkan Kerajaan Negeri tidak pernah serius dalam apa yang diperkatakan dan apa yang didasarkan. Mereka lebih kepada menjaga kepentingan pihak pihak tertentu dalam Majlis Mesyuarat Negeri dari menjalankan tugas sebagai pemerintah negeri dengan dasar yang dibawa.

Isu hudud juga kini sudah semakin tenggelam disebabkan bukan hanya pakatan rakyat bahkan parti sendiri juga telah bercanggah pendapat mengenai pelaksanaan yang memakan masa 21 tahun untuk satu jawatankuasa/makmal hanya untuk mengkajinya sahaja. Walau dalam sidang DUN Negeri Kelantan 1993,  Enakmen Syariah Hudud dan Qisas telah mendapat sokongan sebulat suara dari semua ADUN termasuk Adun BN . Menteri Besar sendiri dilihat tidak lagi mahu memberikan sebarang ulasan. Sekali lagi PAS hanya beretorik.

Ramai Rakyat Kelantan kini telah pun sedar  dengan janji janji retorik yang hanya sekadar untuk meyedapkan hati . dan untuk menyatakan ia suara majority rakyat saya merasakan ia adalah amat keterlaluan buat masa ini tapi dimerata rata tempat ramai mempertikaikan tentang kemampuan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri. 

TUKAR KERAJAAN RETORIK PAS! GELOMBANG MERAH, BN MERENTAH….PASni UMNO!!!!!!
-ZZ-:)