Friday, 13 January 2012

Mahasiswa Kelate Sokong Tok Pa


Mahasiswa Kelantan Sokong Dato PA...... Sokongan penuh yang diberikan sangat mengharukan.

AUKU telah dipinda oleh Dato PA apabila diminta oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Khalid Nordin. Seorang pensyarah undang-undang UiTM telah membantu Dato PA dalam melaksanakan pindaan AUKU. Dato PA juga berseru agar mahasiswa yang mempunyai pendapat yang berbeza dengan kerajaan boleh mengutarakan pendapat mereka menggunakan saluran yang betul, beradap dan berhemah selaku gelaran sebagai mahasiswa. Beliau sangat terbuka kepada pandangan mahasiswa dan menerima jika ianya membawa kebaikan kepada seluruh warga Universiti. Malaysia bukannya seperti beberapa negara Arab yang bersikap kuku besar. Sebarang pendapat dan pandangan beliau sanggup mndengar dan pertimbangan, beliau juga sangat-sangat masak dengan pelajar kerana pernah menjadi Menteri KPT.

Sebenarnya siswa yang degil dan tidak sopan seperti Adam Adli tidak ramai tetapi kerana nila setitik habis susu sebelangga tidak boleh diminum......

Mahasiswa adalah agen kepada rakyat marhaen.Di sini lah mahasiswa memainkan peranan yang cukup besar. Mahasiswa adalah golongan yang bebas dari mana-mana faham politik kepartian. Mereka berjuang atas nama mahasiswa. Mereka jatuh, mereka bangun, mereka tumbang, mereka bangkit, mereka dipasung, mereka direjam, semua atas nama mahasiswa. Ini yang sepatutnya berlaku. Dengan adanya minda bebas dari cengkaman parti politik, maka mahasiswa akan secara automatik merasa terpanggil untuk membela nasib rakyat marhaen, tak kira menguntungkan mereka atau tidak.

Kerajaan Malaysia memberi peluang yang cukup luas untuk berbincang apa saja termasuk Auku. Kerajaan Kita tidak bersikap kuku besi, tidak zalim seperti beberapa negara Arab sepertimana yang diketahui ramai.

Sekarang Kementerian Pengajian Tinggi menamanahkan kepada DATO PA meminda Auku berdasarkan pengalaman beliau dalam pengendalian KPT terdahulu. Sekarang Menteri KPT telah bersedia dan akan membentang pemindaan AUKU dalam sidang parliman akan datang.

No comments:

Post a Comment