Saturday, 7 January 2012

PERTAHANKAN MASJID SALIHIN ADALAH JIHAD.. MEROBOHKAN MASJID UNTUK KEPENTINGAN YANG SHUBAHAH UMPAMA MEMBUANG AGAMA.

Dlaporkan beberapa Penuntut Pondok dan Ma'hat Tafiz serta Mahasiswa akan turut serta dalam JIHAD Selamatkan Madrasah Salihiah, selain dari itu sejumlah 13 masjid seluruh negeri Kedah telah turut serta bersama mempertahankan Tanah Wakaf Madrasah Salihiah ini.

Dalam masa yang sama PERKASA menerusi ucapan pengerusinya Datuk Ibrahim Ali MENEGASKAN MEMPERTAHANKAN TANAH WAKAF INI SEHINGGA TITISAN DARAH YANG TERAKHIR
Kerana Allah.

Dari Jundub bin Sufyan r.a katanya: “Jari Rasulullah s.a.w berdarah kerana luka dalam suatu peperangan. Maka bersabda Rasulullah s.a.w :”Bukankah engkau hanya sebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika engkau ikut berjihad fisabilillah.” H.R Muslim

Huraian
Walaupun Rasulullah s.a.w diberi jaminan oleh Allah bahawa usaha untuk mendaulatkan agama Islam akan mendapat kejayaan pada akhirnya, namun baginda tidak diberi laluan mudah. Sebaliknya Allah memerintahkan baginda supaya berjuang dan berjihad dengan segala yang ada bagi mencapai kemenangan yang telah dijanjikan-Nya itu. Mereka tetap diminta supaya mengorbankan fikiran, tenaga, harta benda, malah jiwa raga untuk agama kerana kemenangan tidak akan dapat dicapai dengan kuasa ghaib tanpa perjuangan.

No comments:

Post a Comment