Thursday 12 January 2012

PAS JADIKAN ZOO KUALA KRAI TEMPAT JIN BERTENDANG.

Suatu ketika dahulu, Pada zaman dan era BN perintah Kelantan, Zoo Kuala Krai merupakan  salah satu tempat yang amat tersohor di kalangan pengunjung sekitar Kuala Krai mahupun Kelantan keseluruhannya.  Ambo sendiri semasa umur 9 tahun pernah datang ke sini dengan menaiki keretapi. 
 
Untuk pengetahuan saing sobak, Zoo Kuala Krai sebenarnya asal duduk di tengah-tengah pusat bandar , namun atas sebab-sebab teknikal zoo Kuala krai di pindahkan ke lokasi di atas bukit berhampiran Taman Tasek Krai . Suatu lokasi yang amat baik tetapi permasalahan tempat letak kereta dan kesesakan jalanraya menjadikan tempat ini semakin hari semakin suram pengunjung dan kutipan hasilnya.

Berdasarkan trend  semasa yang semakin merosot dan seringkali menanggung perbelanjaan defisit maka Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah membuat keputusan untuk menutup Zoo Kuala Krai ini. Apakah tindakan ini layak untuk di katakan cerdik atau wajar? tanpa apa-apa pelan kontigensi atau alternatif lain dengan meyediakan lokasi yang baru yang lebih berdaya maju untuk faedah ekonomi pelancongan daerah-daerah  Ulu Kelate ini. Apakah kerajaan negeri ni tidak sensitif tentang jiwa orang-orang Ulu Kelate ini yang sentimental dangan keharmonian alam semulajadi flora dan fauna ?.
                                 pintu gerbang nak masuk kawasan Jin Bertendang.....

Masyaallah. Inilah keadaan terkini luaran pintu gerbang Zoo Kuala Krai. Ianya telah menjadi satu keadaan agak menyeramkan. Tapi ingat!!!!!  ini adalah di tahap luaran sahaja. Ambo sempat juga memasuki kawasan dalaman tapak zoo ini namun sesuatu yang agak pelik telah berlaku di mana  terdapat seorang pekerja telah selesai melakukan kerja-kerja kontraktor pada hari tersebut. Bila di tanya untuk apa kerja pembinaan dilakukan ? maka dia hanya menjawab dia tak tahu apa-apa dan dia hanyalah kontraktor yang di upah untuk buat kerja sahaja. Dan ambo juga bertanya apakah kegiatan ini mendapat kelulusan Majlis Daerah Kuala Krai maka dia berkata tidak tahu apa-apa tentang itu.
 
Ambo tidak tahu jugak tentang apa-apa keadaan di sini tapi ambo merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keadaan di sini kerana tidak adanya papan tanda notis peberitahuan pleh Majlis daerah dan sebagainya di muka pintu gerbang Zoo ini. Pelikkan.... Oleh yang demikian ambo berharap pihak Majlis Daerah Kuala Krai dapat meenyiasat perkara ini dan mengambil tindakan atas kesalahan perbuatan mereka. Jika tiada tindakan susulan maka rakyat sekeliling akan memandang bahawa dalam Majlis daerah sendiri pun berlaku rasuah penyelewengan dan sebagainya. Maka MDKK di sini tidak lagi di hormati dan di segani malah lebih buruk rakyat hilang kepercayaan pada MDKK lagi. - kredit pada ulukelate.blogspot.com

No comments:

Post a Comment