Menyusuri kembali Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004, BN Kelantan dibawah pengurusan Dato’ Sri Mustapa Mohamed,pada ketika itu menerajui Barisan Nasional Negeri Kelantan telah menang dengan majoriti melebihi 2 per 3 untuk kerusi parlimen dan untuk sekian kalinya sokongan BN/UMNO di Kelantan dilihat mengejutkan kepimpinan PAS Kelantan ketika itu berjaya meraih sokongan dan seterusnya menyapu 8 kerusi parlimen dan 21 kerusi DUN, hanya dipisahkan 2 kerusi sahaja untuk BN kuasai kerajaan Negeri Kelantan.
Selepas Tsunami Politik PRU 12,2008 yang mengakibatkan Barisan Nasional telah hilang 4 negeri dan tewas teruk di Kelantan . Kini tampuk kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan kembali diterajui oleh tokoh yang sama yang telah mengoncang kedudukan PAS pada ketika itu iaitu Dato Sri’ Mustapha Mohamad yang dilihat seakan mampu mengembalikan momentum tahun 2004 semula dengan lebih besar bersama sama gerakan Gelombang Merah .
Momentum tersebut seakan dapat dirasai ketika ini dengan keadaan Pas Kelantan dilihat masih tercari cari isu isu tempatan yang boleh digunakan untuk menentang UMNO di Kelantan. Ini kerana PAS Kelantan lebih mengembar gemburkan isu nasional demi menutup kegagalan mereka mentadbir negeri dan senantiasa menjadikan isu Royalti Minyak sebagai ‘Scapegoat’ untuk mewajarkan kegagalan membangunkan Negeri. Segala jentera parti PAS dan kerajaan negeri digerakkan untuk memanipulasi isu isu nasional. PAS ketika ini sering beralasan terhadap apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka sebagai Kerajaan Negeri dalam membangunkan ekonomi negeri , menyediakan keperluan asas air kepada rakyat dan membangunkan sahsiah anak negeri sendiri.
Keadaan ini hampir jelas kelihatan dengan disahkan sendiri oleh beberapa aktivis muda PAS yang beberapa kali merungut tentang kelayuan kepimpinan PAS Negeri Kelantan dibeberapa Laman Facebook milik mereka.
Kesempatan terhadap semangat memperjuangkan Islam yang sedia wujud dalam jiwa rakyat Kelantan digunakan secukupnya untuk mengalih pandangan rakyat dari kegagalan mentadbir. Isu Ladang Rakyat, Penngurusan Air, Pengurusan Syarikat Perbadanan Negeri (yg semakin kekurangan aset), Bazaar Tok Guru, Koridor Depu, Jambatan Palekbang, Perbadanan Stadium, dan Pembangunan Sahsiah rakyat semuanya menemui kegagalan. Alasan yang diberi cukup cukup mudah dan klise iaitu “PUSAT TIDAK BANTU/PUSAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB/KONSEP FEDERALISME”. Dan yang menariknya bila dirujuk kepada pihak pusat mendapati sejak tahun 2006 hingga 2010 mendapati banyak angka angka yang tidak diwar warkan kepada rakyat Kelantan mengenai wang yang telah dimasukkan terus kedalam kantung Kerajaan Negeri Kelantan.
Sebanyak RM1.4 billion telah disalurkan terus kepada kerajaan negeri dibawah peruntukan wajib kerajaan pusat, ini tidak termasuk dengan peruntukan yang disalurkan kepada JPP untuk pembangunan yang selaras dengan kehendak dan dasar kerajaan Pusat. Satu persoalan timbul kenapa peruntukan2 ini tidak didedahkan oleh kerajaan Negeri dan kemana kah hasil dari cukai-cukai Balak, Cukai Bandar dan pelbagai hasil kerajaan negeri disalurkan ? Hinggakan terlalu sukar untuk melaksanakan pembangunan negeri walau sudah 21 tahun memerintah. Rakyat telah ramai bersuara tentang ini.
Dengan wujudnya disko/pusat karoeke haram yang bebas beroperasi dikawasan yang diberi gelaran Bandaraya Islam oleh Kerajaan Negeri tanpa sebarang tindakan walau telah beberapa kali didedahkan , maka dapatlah disimpulkan Kerajaan Negeri tidak pernah serius dalam apa yang diperkatakan dan apa yang didasarkan. Mereka lebih kepada menjaga kepentingan pihak pihak tertentu dalam Majlis Mesyuarat Negeri dari menjalankan tugas sebagai pemerintah negeri dengan dasar yang dibawa.
Isu hudud juga kini sudah semakin tenggelam disebabkan bukan hanya pakatan rakyat bahkan parti sendiri juga telah bercanggah pendapat mengenai pelaksanaan yang memakan masa 21 tahun untuk satu jawatankuasa/makmal hanya untuk mengkajinya sahaja. Walau dalam sidang DUN Negeri Kelantan 1993, Enakmen Syariah Hudud dan Qisas telah mendapat sokongan sebulat suara dari semua ADUN termasuk Adun BN . Menteri Besar sendiri dilihat tidak lagi mahu memberikan sebarang ulasan. Sekali lagi PAS hanya beretorik.
Ramai Rakyat Kelantan kini telah pun sedar dengan janji janji retorik yang hanya sekadar untuk meyedapkan hati . dan untuk menyatakan ia suara majority rakyat saya merasakan ia adalah amat keterlaluan buat masa ini tapi dimerata rata tempat ramai mempertikaikan tentang kemampuan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri.
-ZZ-:)
dengar kata budak2 Uitm keno kerohh~ dan progrm ni ado pun sebb respon mahasiswa g jumpo tok guru~jolo kow?
ReplyDeleteBetul, para pelajar ni ggi jjupo TGNA.
ReplyDelete