Monday 16 January 2012

Biar Bik Aziz bertanding supaya dia rasa keperitan kekalahan

SEINGATsayalah,  Dato' Nik Aziz Nik Mat kata kalau Dr Mahathir bersara hari ini, maka hari ini jugalah dia akan bersara sebagai Menteri Besar Kelantan.
Dr Mahathir dah bersara ke bulum? Boleh ke bercakap bohong? Atau kalau jadi orang Pas berbohong tak apa. tak jadi munafik.

Kes-kes macam ini buat saya keliru, malah saya yakin ramai orang lain pun keliru kenapa seorang yang kononnya alim boleh tidak tepati janj.
Tambah mengelirukan apabila dalam PRU-13 nanti Nik Aziz kata dia tetap akan bertanding, ertinya dia masih mahu MB manakala anaknya, Nik Abduh pula kata tak apa main politik/calon anak beranak.
Sebelum ini Pas paling menentang kronisme dan nepotisme. Khairy Jamaluddin sebagai menatu Datuk Seri Abdullah  Ahmad Badawi diserang teruk kerana kononnya Pak Lah mengamalkan kronisme dan nepotisme.
Bagi saya, molek juga Nik Aziz terus bertanding supaya dia akan rasa perit menanggung kekalahan dalam PRU-13 nanti.
Tidak mustahil dia akan kalah kerana dia pernah kalah kepada Mohd Zain Abdullah di Parlimen Bachok. Mohd. Zain dilabel sebagai calon lekeh.
 
info: melikapakjangak

Friday 13 January 2012

GELOMBANG MERAH KELANTAN: BN MEMERINTAH - YB NORZULA ( 3/4 ).mpg

PANTAI SABAK - PENGKALAN CHEPA
( 27 MAY 2011 )
1) Kerajaan pusat wujudkan J-QAF utk belajar al-quran
2) Sumbangan kerajaan Pusat membawa balik pelajar dari Mesir
3) Siapa sebenarnya pejuang ISLAM sebenar
4) Ceramah MAT SABU yg mengata orang
5) Mat Sabu dulu kata ANWAR tp sekarang menjilat ANWAR
6) Sokongan kepada ANWAR yang tidak tahu punca
7) Perlu dengar orang lain bagitau utk pertimbangan yang adil
8) UMNO bela melayu sejak dulu
9) Persetujuan bersama TUN SAMBATHAN & TUN CHEN LOK
10) ini tanah melayu...tetapi PAS nak bagi sama rata
11) Perjuangan parti untuk hal dunia




Mahasiswa Kelate Sokong Tok Pa


Mahasiswa Kelantan Sokong Dato PA...... Sokongan penuh yang diberikan sangat mengharukan.

AUKU telah dipinda oleh Dato PA apabila diminta oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Khalid Nordin. Seorang pensyarah undang-undang UiTM telah membantu Dato PA dalam melaksanakan pindaan AUKU. Dato PA juga berseru agar mahasiswa yang mempunyai pendapat yang berbeza dengan kerajaan boleh mengutarakan pendapat mereka menggunakan saluran yang betul, beradap dan berhemah selaku gelaran sebagai mahasiswa. Beliau sangat terbuka kepada pandangan mahasiswa dan menerima jika ianya membawa kebaikan kepada seluruh warga Universiti. Malaysia bukannya seperti beberapa negara Arab yang bersikap kuku besar. Sebarang pendapat dan pandangan beliau sanggup mndengar dan pertimbangan, beliau juga sangat-sangat masak dengan pelajar kerana pernah menjadi Menteri KPT.

Sebenarnya siswa yang degil dan tidak sopan seperti Adam Adli tidak ramai tetapi kerana nila setitik habis susu sebelangga tidak boleh diminum......

Mahasiswa adalah agen kepada rakyat marhaen.Di sini lah mahasiswa memainkan peranan yang cukup besar. Mahasiswa adalah golongan yang bebas dari mana-mana faham politik kepartian. Mereka berjuang atas nama mahasiswa. Mereka jatuh, mereka bangun, mereka tumbang, mereka bangkit, mereka dipasung, mereka direjam, semua atas nama mahasiswa. Ini yang sepatutnya berlaku. Dengan adanya minda bebas dari cengkaman parti politik, maka mahasiswa akan secara automatik merasa terpanggil untuk membela nasib rakyat marhaen, tak kira menguntungkan mereka atau tidak.

Kerajaan Malaysia memberi peluang yang cukup luas untuk berbincang apa saja termasuk Auku. Kerajaan Kita tidak bersikap kuku besi, tidak zalim seperti beberapa negara Arab sepertimana yang diketahui ramai.

Sekarang Kementerian Pengajian Tinggi menamanahkan kepada DATO PA meminda Auku berdasarkan pengalaman beliau dalam pengendalian KPT terdahulu. Sekarang Menteri KPT telah bersedia dan akan membentang pemindaan AUKU dalam sidang parliman akan datang.

PRU13: KITA PAKAT TUKAR PALO PAIP HOK BELAWOK.

Salah urus tadbir AKSB (Syarikat air kelantan).
1. menyebabkan bekalan air gagal disalurkan kepada pengguna dengan baik.
2. salah urus tadbir Air Tidak Terhasil (NRW) yang telah menelan belanja RM130juta. dengan peruntukan 130juta ni sepatutnya TIDAK BERLAKU AIR TAKDOK, AIR KURANG DAN BUKO PAIP TUBIK ANGIN SAJA... TAPI INI LAH HAKIKATNYA.
3. Orang dalam pejabat AKSB gege dan bising lama dah..tapi pengurusan senyp sedu...

peruntukan 130 juta terbesar di malaysia sudah habis dibelanjakan..sepatutnya boleh kurangkan dari 48 percent kepada 35 percent..TETAPI KENAPA BILA DUIT RAKYAT DAH HABIS 130 JUTA, NRW MENINGKAT KEPADA 56 PERCENT...

BILA DIKAITKAN TENTANG KUALITI AIR ..ADA EXCO BUAT NGANYI.. DAN BILA DAH KAITAN TENTANG KUANTITI INI..APA JAWAPAN EXCO.

AKSB ADALAH ASET KELANTAN... KENAPA PERLU DITELANJANG DAN DIGADAIKAN SEMUA INI.. SIAPA YANG MENJADI TULANG BELAKANG... INI SOAL KEPENTINGAN RAKYAT..BUKAN KEPENTINGAN MANA2 PARTI..

MENGGUNAKAN AIR KELANTAN UNTUK KAUT KEUNTUNGAN ATAS KESENGSARAAN RAKYAT. ADALAH PERBUATAN YANG TIDAK BOLEH DI MAAFKAN. MEREKA INI LAYAK DIGELAR SERATI.



SAYA DAN KAWAN2 SELURUH KELANTAN TERKESAN BILA BENDA INI BERLAKU KEPADA KITA..BUKA PAIP, AIR TAKDA, BUKA PAIP AIR SLOW, TEKANA RENDAH... RUPANYA DISEBALIK MASALAH KITA HADAPI..ADA WAYANG BERLAKU DI DALAM AKSB...ADA "SYAITAN" YANG MENGGUNAKAN AIR KELANTAN UNTUK KAUT KEUNTUNGAN ATAS KESENGSARAAN RAKYAT. ADALAH PERBUATAN YANG TIDAK BOLEH DI MAAFKAN.

     

Thursday 12 January 2012

PAS JADIKAN ZOO KUALA KRAI TEMPAT JIN BERTENDANG.

Suatu ketika dahulu, Pada zaman dan era BN perintah Kelantan, Zoo Kuala Krai merupakan  salah satu tempat yang amat tersohor di kalangan pengunjung sekitar Kuala Krai mahupun Kelantan keseluruhannya.  Ambo sendiri semasa umur 9 tahun pernah datang ke sini dengan menaiki keretapi. 
 
Untuk pengetahuan saing sobak, Zoo Kuala Krai sebenarnya asal duduk di tengah-tengah pusat bandar , namun atas sebab-sebab teknikal zoo Kuala krai di pindahkan ke lokasi di atas bukit berhampiran Taman Tasek Krai . Suatu lokasi yang amat baik tetapi permasalahan tempat letak kereta dan kesesakan jalanraya menjadikan tempat ini semakin hari semakin suram pengunjung dan kutipan hasilnya.

Berdasarkan trend  semasa yang semakin merosot dan seringkali menanggung perbelanjaan defisit maka Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah membuat keputusan untuk menutup Zoo Kuala Krai ini. Apakah tindakan ini layak untuk di katakan cerdik atau wajar? tanpa apa-apa pelan kontigensi atau alternatif lain dengan meyediakan lokasi yang baru yang lebih berdaya maju untuk faedah ekonomi pelancongan daerah-daerah  Ulu Kelate ini. Apakah kerajaan negeri ni tidak sensitif tentang jiwa orang-orang Ulu Kelate ini yang sentimental dangan keharmonian alam semulajadi flora dan fauna ?.
                                 pintu gerbang nak masuk kawasan Jin Bertendang.....

Masyaallah. Inilah keadaan terkini luaran pintu gerbang Zoo Kuala Krai. Ianya telah menjadi satu keadaan agak menyeramkan. Tapi ingat!!!!!  ini adalah di tahap luaran sahaja. Ambo sempat juga memasuki kawasan dalaman tapak zoo ini namun sesuatu yang agak pelik telah berlaku di mana  terdapat seorang pekerja telah selesai melakukan kerja-kerja kontraktor pada hari tersebut. Bila di tanya untuk apa kerja pembinaan dilakukan ? maka dia hanya menjawab dia tak tahu apa-apa dan dia hanyalah kontraktor yang di upah untuk buat kerja sahaja. Dan ambo juga bertanya apakah kegiatan ini mendapat kelulusan Majlis Daerah Kuala Krai maka dia berkata tidak tahu apa-apa tentang itu.
 
Ambo tidak tahu jugak tentang apa-apa keadaan di sini tapi ambo merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keadaan di sini kerana tidak adanya papan tanda notis peberitahuan pleh Majlis daerah dan sebagainya di muka pintu gerbang Zoo ini. Pelikkan.... Oleh yang demikian ambo berharap pihak Majlis Daerah Kuala Krai dapat meenyiasat perkara ini dan mengambil tindakan atas kesalahan perbuatan mereka. Jika tiada tindakan susulan maka rakyat sekeliling akan memandang bahawa dalam Majlis daerah sendiri pun berlaku rasuah penyelewengan dan sebagainya. Maka MDKK di sini tidak lagi di hormati dan di segani malah lebih buruk rakyat hilang kepercayaan pada MDKK lagi. - kredit pada ulukelate.blogspot.com

Wednesday 11 January 2012

Momentum 2004 Kembali..... PASni UMNO!!!

 
Menyusuri kembali Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004, BN Kelantan dibawah pengurusan Dato’ Sri Mustapa Mohamed,pada ketika itu menerajui Barisan Nasional Negeri Kelantan telah menang dengan majoriti melebihi 2 per 3 untuk kerusi parlimen dan untuk sekian kalinya sokongan BN/UMNO di Kelantan dilihat mengejutkan kepimpinan PAS Kelantan ketika itu berjaya meraih sokongan dan seterusnya menyapu 8 kerusi parlimen dan 21 kerusi DUN, hanya dipisahkan 2 kerusi sahaja untuk BN kuasai kerajaan Negeri Kelantan.

Selepas Tsunami Politik PRU 12,2008 yang mengakibatkan Barisan Nasional telah hilang 4 negeri dan tewas teruk di Kelantan . Kini tampuk kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan kembali diterajui oleh tokoh yang sama yang telah mengoncang kedudukan PAS pada ketika itu iaitu Dato Sri’ Mustapha Mohamad yang dilihat seakan mampu mengembalikan momentum tahun 2004 semula dengan lebih besar bersama sama gerakan Gelombang Merah . 
Momentum tersebut seakan dapat dirasai ketika ini dengan keadaan Pas Kelantan dilihat masih tercari cari isu isu tempatan yang boleh digunakan untuk menentang UMNO di Kelantan. Ini kerana PAS Kelantan lebih mengembar gemburkan isu nasional demi menutup kegagalan mereka mentadbir negeri dan senantiasa menjadikan isu Royalti Minyak sebagai ‘Scapegoat’ untuk mewajarkan kegagalan membangunkan Negeri.  Segala jentera parti  PAS dan kerajaan negeri digerakkan untuk memanipulasi  isu isu nasional. PAS ketika ini sering beralasan terhadap apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka sebagai Kerajaan Negeri dalam membangunkan ekonomi  negeri , menyediakan keperluan asas air kepada rakyat dan membangunkan sahsiah anak negeri sendiri.

Keadaan ini hampir jelas kelihatan dengan disahkan sendiri oleh beberapa aktivis muda PAS yang beberapa kali merungut tentang kelayuan kepimpinan PAS Negeri Kelantan dibeberapa Laman Facebook milik mereka.

Kesempatan terhadap semangat memperjuangkan Islam yang sedia wujud dalam jiwa rakyat Kelantan digunakan secukupnya untuk mengalih pandangan rakyat dari kegagalan mentadbir. Isu Ladang Rakyat, Penngurusan Air, Pengurusan Syarikat Perbadanan Negeri (yg semakin kekurangan aset), Bazaar Tok Guru, Koridor Depu, Jambatan Palekbang,  Perbadanan Stadium, dan Pembangunan Sahsiah rakyat semuanya menemui kegagalan. Alasan yang diberi cukup cukup mudah dan klise iaitu “PUSAT TIDAK BANTU/PUSAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB/KONSEP FEDERALISME”. Dan yang menariknya bila dirujuk kepada pihak pusat mendapati sejak tahun 2006 hingga 2010 mendapati banyak angka angka yang tidak diwar warkan kepada rakyat Kelantan mengenai wang yang telah dimasukkan terus kedalam kantung Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebanyak RM1.4 billion telah disalurkan terus kepada kerajaan negeri dibawah peruntukan wajib kerajaan pusat, ini tidak termasuk dengan peruntukan yang disalurkan kepada JPP untuk pembangunan yang selaras dengan kehendak dan dasar kerajaan Pusat. Satu persoalan timbul kenapa peruntukan2 ini tidak didedahkan oleh kerajaan Negeri dan kemana kah hasil dari cukai-cukai Balak, Cukai Bandar dan pelbagai hasil kerajaan negeri disalurkan ? Hinggakan terlalu sukar untuk melaksanakan pembangunan negeri walau sudah 21 tahun memerintah. Rakyat telah ramai bersuara tentang ini.

Dengan wujudnya disko/pusat karoeke haram yang bebas beroperasi dikawasan yang diberi gelaran Bandaraya Islam oleh Kerajaan Negeri tanpa sebarang tindakan walau telah beberapa kali didedahkan , maka dapatlah disimpulkan Kerajaan Negeri tidak pernah serius dalam apa yang diperkatakan dan apa yang didasarkan. Mereka lebih kepada menjaga kepentingan pihak pihak tertentu dalam Majlis Mesyuarat Negeri dari menjalankan tugas sebagai pemerintah negeri dengan dasar yang dibawa.

Isu hudud juga kini sudah semakin tenggelam disebabkan bukan hanya pakatan rakyat bahkan parti sendiri juga telah bercanggah pendapat mengenai pelaksanaan yang memakan masa 21 tahun untuk satu jawatankuasa/makmal hanya untuk mengkajinya sahaja. Walau dalam sidang DUN Negeri Kelantan 1993,  Enakmen Syariah Hudud dan Qisas telah mendapat sokongan sebulat suara dari semua ADUN termasuk Adun BN . Menteri Besar sendiri dilihat tidak lagi mahu memberikan sebarang ulasan. Sekali lagi PAS hanya beretorik.

Ramai Rakyat Kelantan kini telah pun sedar  dengan janji janji retorik yang hanya sekadar untuk meyedapkan hati . dan untuk menyatakan ia suara majority rakyat saya merasakan ia adalah amat keterlaluan buat masa ini tapi dimerata rata tempat ramai mempertikaikan tentang kemampuan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri. 

TUKAR KERAJAAN RETORIK PAS! GELOMBANG MERAH, BN MERENTAH….PASni UMNO!!!!!!
-ZZ-:)