Kita digegarkan dengan demontrasi haram 15 mahasiswa UPSI semalam. Demontrasi yang diadakan itu adalah rentetan dari rasa "tidak puas hati" mahasiswa kepada AUKU.. Sebenarnya dalam masa demontrasi diadakan, mahasiswa lain sibuk menelaah mata pelajaran yang mana hampir semua universiti akan hadapi final exam bermula pada 4 Januari 2012.
Semalam juga bertempat di Kg Kraftangan diadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Mahasiswa anak Kelantan. Majlis berlangsung dengan jayanya.
Mahasiswa membawa pesan yang sangat berharga " mak ayah hantar ngaji ke universiti adalah untuk belajar dan dapatkan Ijazah, bukan untuk tunjuk Hero"... "Tak Salah nak ambil part dalam arena politik tetapi pelajaran adalah no one".
Malah mereka mengutuk tindakan pihak pembangkang yang sngaja MAHU PELAJAR GAGAL DALAM PELAJARAN"...
Saturday, 31 December 2011
2012, TAHUN PAS JATUH MENYEMBAH BUMI.
2012 PAS akan terkubur.. Setiap dari pembaca blog ini pohon berdoa agar Rejim PAS jatuh dengan izin Alllah.. Sesungguhnya Sepanjang 2011 rakyat kelate kita dianiaya, tanah dipisahkan dengan tuan yang rentah, salah urus tadbir AKSB sehingga kerugian jutaan ringgit, peniaga dihalau dek kerana duit dan untung singkat, harta dan aset negeri dijual dan terus dijual, kakitangan negeri tidak terbela, pekerja majlis daerah tergadai maruah, guru SAR tidak mendapat pembelaan, anak muda dibiarkan merempat dan menganggur, janji rm100 setiap warga emas tinggal kenangan, janji nak bina bas khas untuk wanita tak tertunai, komplek sukan indah khabar dari rupa, masjid sebutir pun tak siap, ahli PaS yang kaya terus KAYA, ahli PaS yang miskin terus kedana... Perbalahan dalam parti PAS berebut jawatan, berebut untuk dapatkan harta... DOAKAN WAHAI RAKAN..DOAKAN SEGERA.. KELATE BERUBOH KELATE MAJU, KITA OGHE KELATE ADO HALATUJU..
Friday, 30 December 2011
DULU DEMO JANJI, DULU SEBELUM TU PUN DEMO JANJI... TAPI DEMO TAK TEPATI..MALAH HOK ADO PUN DEMO INGKARI.
Antara janji PAS Kelantan (MANISPESTI PPRU12)ialah:
1.Melanjutkan cuti bersalin kepada tiga bulan bagi setiap kelahiran, dengan memberi kemudahan cuti bergaji tanpa had bilangan anak.
2. Kekalkan konsep negara Islam di Kelantan agar ianya menjadi contoh kepada Barisan Nasional (BN).
...
3. Bertekad melaksanakan rancangan pendidikan Kelantan dengan menggubal dasar kanak-kanak negeri Kelantan yang mengutamakan pendidikan awal kanak-kanak dan pra-sekolah selain membina pusat ilmu Wilayah Selatan merangkumi kolej Pendidikan Tinggi Wanita, Pusat Pendidikan Pondok Antarabangsa dan Sekolah Menengah Agama (Arab).
4.Menawarkan skim takaful kelompok guru, kakitangan dan pelajar Yayasan Islam Kelantan secara percuma.
5.Melaksanakan rancangan untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan mencapai kemajuan sosio-ekonomi.
6.Menyediakan Tabung Niaga Wanita Kelantan.
7.Membina kompleks sukan wanita yang dilengkapi stadium khas dan masjid.
8.Untuk belia Kelantan, PAS berjanji melaksanakan rancangan kesihatan awam, rancangan kesejahteraan awam dan rancangan digital awam dengan memperkasakan peranan pusat ICT Desa.
9.Dalam pembangunan tanah, PAS berjanji menjayakan program pemberian skim pemilikan tanah lot kediaman untuk semua rakyat.
10.Memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.
11.Melaksanakan pembangunan ladang komersial ala Kelantan dengan memperuntukkan tanah untuk diberi milik (sebagai saham) kepada rakyat miskin dan membuka peluang kepada golongan yang mampu untuk melabur.

Thursday, 29 December 2011
SURAT TERBUKA KEPADA DATUK DR. HASAN ALI.. AHLI PAS, ORANG UMNO DAN SEKELIAN WAJIB BACA DAN HAYATI.
Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.
Dato' yang dihormati,
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Dato' atas keberanian Dato' mempertahankan prinsip perjuangan Dato' memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara kita. Walaupun Dato' diserang dengan tidak sepatutnya oleh rakan-rakan di dalam parti seperti Setiausaha Agong parti dan kepimpinan parti di negeri Selangor, ianya tidak mematahkan kekuatan minda dan jihad fisabillillah yang Dato' perjuangkan.
Sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di negeri Selangor, sememangnya insiden di DUMC tempohari amat menggugat kemarahan kita apabila saudara seagama kita ditarbiyahkan dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian, yang nantinya akan membawa kepada isu yang lebih besar iaitu Pemurtadan. Saya percaya ada banyak lagi kes lain yang Dato' tidak sempat sebutkan seperti kes penjualan Arak dan aktiviti Judi di kawasan penduduk majoriti masyarakat Islam. Keberanian Dato' menegur Exco Kanan DAP dalam Kerajaan DAP Selangor dalam kes ini telah membuka pekung dan masalah besar yang berlaku di dalam pasrti PAS selepas berkawan dengan DAP.
Apabila Dato' bercakap isu 3R (Religion, Royal & Race), Dato' telah dituduh sebagai bersuaranada UMNO. Apabila Dato' menentang dasar baru parti iaitu Negara Berkebajikan sebenarnya Dato' memang bukan berada di arena yang betul. Seperti kata Dato', pembuat Dasar di dalam parti PAS hari ini dikuasai oleh kira-kira 65% golongan profesional, dan tinggal lagi hanya kira-kira 35% golongan Ulama. Maka, sudah tentu istilah-istilah sekular seperti Negara Berkebajikan, PAS For All (kalau di Israel, mereka gunakan kod Israel For All), Islam Liberal, Islam Plural (seperti Ucapan DS Anwar di Eropah yang memberi maksud semua agama sama yakni mempunyai Tuhan yang satu), Kesamarataan dan sebagainya akan juga menjadi seperjuangan kepada parti PAS itu. Semua itu adalah sesuatu yang alergik kepada PAS khususnya di dalam era Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Allahyarham Ustaz Yusuf Rawa malah asing juga kepada TG Haji Hadi Awang.
Pada saya, sama juga seperti kata Dato', tiada gunanya menjadi kerajaan (pemenang) sekiranya air mata berderai melihat umat Islam di Selangor tidak mampu dibela. Dato' hampir-hampir umpama patung bernyawa. Bukan sahaja isu di DUMC dan kes penjualan Arak itu Dato' tidak berjaya atasi, walaupun Dato' mempunyai kuasa exco atas hal-hal berkaitan agama Islam dan adat-adat bangsa Melayu di Selangor. Dato' pasti tidak lupa masalah besar yang belum meletup di Sepang, bagaimana surat dan arahan Dato' di sana terpaksa dibakulsampahkan kerana kakitangan telah mendapat arahan baru dari dua orang Exco Kanan DAP. Rukun Tetangga di situ, ahli kareah di situ, kebanyakannya ahli PAS pun Dato' tak mampu hendak membela masa depan mereka dek kuatnya DAP menutup dan mengikat pergerakan Dato'. Berapa banyak surat mereka yang Dato' sendiri malah Menteri Besar pun tidak mampu tolong. Malahan Menteri Besar Selangor pun terpaksa tunduk kepada Exco-Exco kanan DAP dalam hal ehwal umat Islam. Kerana kerajaan DAP Selangor menggunakan konsep samarata, samakuasa, sama-sama di dalam banyak perkara.
Maka, tidak ada gunanya lagi Dato' berada di dalam satu jamaah yang Dato' tidak boleh berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Saya telah menulis banyak tentang Dato', saya berharap Dato' mufaraqah dengan segera demi kebaikan umat Islam di Selangor, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara. Dato' Mahfuz sendiri meminta Dato' segera meninggalkan jamaah tanpa perlu menunggu masa dipecat. Dato' harus ingat suara itu adalah suara siapa?
Salam Hormat.
Assalamualaikum.

SEORANG PEMIMPIN KANAN PAS KENA TELUR TEMELAR.. PURGHHH
Pemimpin PAS ini belum kena telur temelar lagi di Kelantan..tetapi di Kedah pemimpin PAS ini dah kena telur temelar.Pemimpin ini datang ke Kedah dengan harapan untuk membuat onar dengan memfitnah kerajaan pusat dan UMNO/BN. Namun rakyat Kedah sudah sedar akan pembohongan yang akanpemimpin PAS ni lakukan.
Khabarnya, Pemimpin PAS ini berceramah di dalam Wat Siam (Tokong Buddha Siam) bersama-sama dengan abang angkatnya, namun abang angkatnya memberi peluang Pemimpin PAS ini memulakan pembohongan terlebih dahulu.
Sedang rancak Pemimpin PAS ini berceramah, hinggalah ke topik mengangkat Mat Indera dan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
Tiba-tiba..
Kedebukkk.. Dua biji telor ayam Temelar busuk datang dari tempat orang ramai.

Kecoh juga la keadaan.. rupanya telor ayam temelar yang mengena Pemimpin PAS itu adalah merupakan hadiah KHAS dari 'bekas homeguard' pada zaman komunis dulu. Mereka menyelarPemimpin PAS ini kerana berani menyanjung komunis, sedangkan kata mereka, komunis hari-hari bunuh orang di Tanah Melayu.
Kalau komunis perintah Tanah Melayu, jangan harap la kita nak dapat nama Malaysia. Bahkan jangan mimpin kita akan merdeka. kata mereka lagi.
28 Disember 2011, Dato Sri Mustapa Mohamed dan isteri menunaikan umrah
28 Dis, Dato Sri Mustapa Mohamed dan isteri menunaikan umrah. kami rakyat Kelantan mendoakan yang terbaik untuk Tok Pa. Peluang untuk rakyat ucapkan sesuatu di wall Tok Pa (http://www.facebook.com/pages/Mustapa-Mohamed)
NIK AZIZ DAH PANDAI MENIPU? ATAU DR. HASAN TAK PANDAI BERBOHONG
"soal saya turun ke kota bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan Harakahdaily dan dipetik kebanyakkan saluran media ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI"- Datuk Dr. Hasan Ali... Sekali lagi @nik aziz nik mat dalam kenyataan semalam bahawa Dr. Hasan tarik balik kenyataan dan pohon maaf adalah PELAWOK DAN MENIPU.
KILANG MINYAK WANGI TOK GURU DI BACHOK
Orang-ornang Kampung berhampiran Tapak Pelupusan Sampah Beris Lalang Bachok menamakan nya sebagai "kilang minyak wangi tok guru".
PAS MENUJU KEHANCURAN. NIKA AZIZ SPIN KE TIPU...?
Kalau dah terdesak Ulama pun sanggup spin atau menipu..hebatlah ulama PAS nih...begitu juga dengan ahli totok PAS yang setiap kali memberi komen dengan maki hamun..syabas kepada mereka-meraka ini..telah menunjuk sikap mereka yang sebenarnya.
RUJUK:
PETALING JAYA - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali pada khamis menafikan beliau memohon ma'af kepada pucuk pimpinana PAS mengenai kritikannya terhadap parti itu sebelum ini pada pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Bharu, Kelantan kelmarin.
Penafian tersebut sekali gus menolak kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Hassan memohon ma'af kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjurannya. Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia membidas laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily mengenai perkara itu.
Kesiannya tengok pada puak-puak PAS nih..bila orang dah kutuk tu bawa muhasabah diri, perbetulkanlah kesilapan. Bukannya buat spin dan tabur fitnah lagi dan sanggup maki-maki dengan kata nista. Buanglah sikap UJUB dan EGO dalam diri tu demi mendapat keredhaan Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)